suria

27 Maut, Serangan Udara Di Majlis Perkahwinan

Kepulan asap akibat serangan udara yang dilakukan oleh gabungan yang diketuai Arab Saudi ke atas kawasan yang dikuasai pemberontak Houthi di Sanaa, Yaman pada Sabtu lalu. Foto EPA

SANAA: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dengan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak dalam satu serangan udara di sebuah majlis perkahwinan di barat daya Yaman pada Isnin.

Seorang penduduk tempatan berkata, seramai 12 wanita, lapan kanak-kanak dan tujuh lelaki maut dalam serangan udara terhadap dua khemah di perkampungan al-Wahijah, dekat bandar Al Mokha di mana sebuah majlis perkahwinan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak Houthi.

Seorang pegawai tempatan meletakkan angka kematian seramai 30 orang.

Penduduk tempatan menjelaskan terdapat banyak mayat akibat serangan itu.

Mereka berkata, sejumlah mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Serangan udara pada Isnin berlaku sehari selepas helikopter dari gabungan yang diketuai Arab Saudi mengadakan serangan ke atas rumah-rumah di perkampungan di utara Yaman pada Ahad.

Kejadian itu mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang, dengan kebanyakannya adalah orang awam. - Reuters

Artikel Lain