suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boko Haram Bunuh 15 Penduduk Kampung

NIAMEY, Niger: Seramai 15 orang awam terbunuh selepas kumpulan militan Boko Haram menyerang sebuah kampung di sempadan Niger, lapor saluran televisyen tempatan pada Jumaat.

Serangan itu dilakukan ketika orang ramai sedang bercuti sempenan Aidil Adha.

"Kami menemui lokasi mengerikan, seramai 15 orang dibunuh, empat daripada mereka dari Nigeria," kata seorang pegawai kerajaan, Hassan Ardo.

Penyerang selain itu turut membakar 22 buah rumah, kereta dan sebuah kilang, serta meninggalkan lebihan penduduk dalam keadaan cedera.

Seorang daripada mangsa yang dibunuh ialah ketua kampung tersebut.

Boko Haram sebelum ini pernah menyasarkan kampung tersebut namun tidak lagi ke situ sejak dua bulan lalu.

Nigeria, Boko Haram

Artikel Berikut

Artikel Lain