suria

25 Maut Akibat Serangan Ketika Solat Aidiladha

Serangan bom di masjid Al-Balili mengakibatkan 25 jemaah terkorban di pagi Aidiladha.

SANAA: Pengebom berani mati menyerang masjid di sini ketika umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha mengakibatkan 25 terkorban.

Dua letupan berlaku di Masjid Al-Balili yang terletak berdekatan akademi latihan polis yang dikuasai kumpulan pemberontak Huthi ketika sambutan perayaan itu.

Serangan itu berlaku dua hari selepas Presiden Yaman, Abdrabbuh Mansour Hadi kembali daripada hidup dalam buangan di Arab Saudi ke selatan Aden.

Pasukan perubatan berkata, setakat ini jumlah mangsa yang maut dan cedera mungkin akan bertambah kerana jumlah sebenar belum diketahui. - AFP


Sanaa, bom, Yaman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain