suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengguna Instagram Cecah Lebih 400 Juta

SAN FRANCISCO: Pengguna Instagram melonjak kepada lebih 400 juta setiap hari dengan lebih 80 juta imej dikongsi di seluruh dunia.

Laman perkongsian gambar ini juga mencatatkan peningkatan kadar muat naik gambar dan klip video setiap bulan daripada 300 juta awal tahun ini, hampir 100 juta melebihi jumlah pengguna bulanan Twitter.

“Pengguna Instagram terus merakam gambar dan klip video menakjubkan di seluruh pelosok dunia.

“Lebih separuh daripada 100 juta pengguna baharu Instagram tinggal di Eropah atau Asia, manakala pertumbuhan tertinggi dicatat di Brazil, Jepun dan Indonesia,” menurut laman web itu.

Senarai pengguna Instagram berprofil tinggi terkini yang berjaya menarik ramai pengikut turut termasuk David Beckham, Caitlyn Jenner dan Toni Kroos.

Awal bulan ini, Instagram mengumumkan rancangan untuk meluaskan tawaran kepada pengiklan bagi membantu mereka menerokai pasaran global. 

Pengiklan kini berpeluang melancarkan kempen dalam pelbagai format termasuk iklan video sehingga 20 saat.

Dibeli oleh laman jaringan sosial Facebook pada 2012, Instagram sebelum ini menyediakan ruang pegiklanan yang terhad.

Susulan inisiatif tersebut, firma pemantauan industri, eMarketer menganggarkan perolehan global Instagram tahun ini meningkat kepada AS$600 juta (RM2.58 bilion). –AFP



Instagram, Twitter, Facebook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahmed Ke PBB, Tunai Umrah

Artikel Lain