suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Maut Dalam Serangan Bom Dekat Kediaman Presiden Somalia

Sebuah kereta musnah teruk selepas diletupkan berhampiran Villa Somalia.

MOGADISHU: Kira-kira tujuh maut manakala 10 lagi cedera dalam serangan bom kereta berhampiran kawasan kediaman yang menempatkan Presiden dan Perdana Menteri Somalia yang terletak di tengah ibu negara Mogadishu.

Jurucakap kerajaan bagi Wilayah Banadir, Abdifatah Halane berkata, setakat ini belum ada pihak yang dikenal pasti menceroboh kawasan perumahan itu.

Katanya, tiada individu mahupun kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

"Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lebih 10 orang cedera dalam letupan itu.

"Majoriti yang maut dan cedera terdiri daripada orang awam," kata Abdifatah.

Terdahulu, seorang pegawai keselamatan, Ahmed Dahir dipetik sebagai berkata lima orang awam maut manakala 13 lagi cedera dalam serangan bom itu.

"Ia satu serangan bom kereta namun sasarannya masih tidak jelas," kata Ahmed.

Beliau berkata, bahan letupan diletupkan di pusat pemeriksaan masuk ke kawasan perumahan berkenaan yang dikenali sebagai Villa Somalia.

Villa Somalia, letupan, bom

Artikel Sebelum

Lelaki Mirip Obama Jadi Pelakon

Artikel Berikut

Artikel Lain