suria

Ribut Vamco Landa Thailand

- Gambar hiasan
PHANGGA: Ribut Vamco melanda Thailand pada Khamis, menyebabkan hujan lebat serta angin kencang di beberapa bahagian di negara berkenaan.

Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran bahawa ribut itu akan mengakibatkan angin kencang dan hujan lebat, termasuk di bahagian tengah Thailand seperti Bangkok, Chonburi dan Pattaya serta bahagian timur di Rayong dan Trad, mulai hari ini sehingga esok.

Ia juga menyebabkan keadaan yang sama di selatan Thailand di wilayah Prachuab Khirikhan, Chumporn, Phangga, Phuket, Krabi, Trang dan Satun, kata jabatan itu dalam kenyataan Khamis.

Susulan itu, ombak besar setinggi dua hingga tiga meter akan berlaku dan nelayan dinasihat agar tidak keluar ke laut.

Di Wilayah Phangga, angin kencang yang melanda wilayah berkenaan merosakkan rumah-rumah pegawai kerajaan dan stesen radio Thailand.

Jabatan Meteorologi itu juga memberi amaran supuya kapal-kapal nelayan tidak keluar ke laut pada 17 dan 18 Sept.

Di wilayah Chumporn, hujan lebat dan angin kencang sejak semalam berlaku di kawasan pelancongan terkemuka di wilayah berkenaan.

Aliran air yang deras juga menyebabkan tanah runtuh, kata kenyataan itu.
ribut Vamco, Phangga

Artikel Lain