suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai Dikhuatiri Cedera, Maut Dalam Kejadian Kren Runtuh Di Masjidil Haram

Kren tumbang yang dilaporkan berlaku di kawasan Masjidi Haram. Foto bbc.com

MAKKAH: Kejadian kren tumbang yang dilaporkan berlaku di kawasan Masjidil Haram, di sini, dipercayai menyebabkan kematian dan kecederaan.

Kejadian dipercayai berlaku semasa hujan lebat kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji (TH) berkata, kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.

"Hujan hari ini paling lebat, kira-kira setengah jam hujan turun," kata Mohd Shukri Ishak yang membuat liputan haji sejak 12 Ogos lepas.

Kawasan Masjidil Haram kini giat dalam kerja-kerja pembesaran. 

Difahamkan empat rakyat Malaysia turut cedera dalam kejadian itu, namun belum dapat disahkan.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu dalam tempoh terdekat. - BERNAMA

Artikel Lain