suria

Letupan Bangkok: Polis Buru Suspek Berwajah Arab, Tinggalkan Beg Di Kuil

BANGKOK: Sumber mengesahkan polis sedang memburu seorang suspek berwajah Arab yang dilihat meninggalkan sebuah beg di kuil Hindu Erawan sebelum berlakunya insiden letupan bom.

Menerusi rakaman kamera keselamatan, lelaki tersebut dilihat sedang duduk di atas kerusi di perkarangan kuil tersebut sebelum meninggalkan beg yang dibawanya di belakang kerusi tersebut.

Pada suatu ketika, dia dilihat berdiri dan membuat panggilan daripada telefon bimbitnya dan meninggalkan kawasan tersebut.

Jurucakap polis Leftenan General Prawut Thavornsiri pada Selasa mengesahkan kira-kira 21 orang maut manakala 125 lagi cedera dalam insiden letupan yang berlaku kira-kira pukul 6.55 petang Isnin itu.

kuil Erawan, Bangkok, letupan bom

Artikel Lain