suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kotak Hitam Pesawat Trigana Air Ditemui

JAKARTA: Pasukan penyelamat menjumpai kotak hitam pesawat Trigana Air yang terhempas di kawasan pergunungan Papua pada Ahad.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Arivada Barata mengesahkan kotak hitam pesawat tersebut ditemui kira-kira pukul 1.40 tengah hari (waktu tempatan).

Terdahulu, Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) berkata pesawat turboprop ATR-42-300 itu mungkin merempuh puncak gunung sebelum terhempas ke dalam jurang di Gunung Bintang, kira-kira tujuh batu nautika dari Oksibil.

Sementara itu, Pengarah Operasi BASARNAS, Heronimus Guru, berkata semua 54 penumpang pesawat itu disahkan terkorban.

Pesawat yang berlepas dari ibu kota wilayah Papua, Jayapura itu dilaporkan membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima kru.





Trigana Air, Papua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kabinet Akan Dirombak

Artikel Lain