suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas Trigana Air: Pasukan Penyelamat Temui 38 Mayat

Lokasi pesawat Trigana Air dipercayai terhempas.

JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia tiba di lokasi nahas pesawat Trigana Air dipercayai terhempas.

Pasukan penyelamat sudah menjumpai sekurang-kurangnya 38 mayat setakat ini.

"Tiada mangsa yang selamat dijumpai," kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo.

Bambang berkata helikopter turut dikerahkan ke kawasan pergunungan yang diliputi hutan tebal, lokasi pesawat tersebut dipercayai terhempas di Papua, wilayah timur Indonesia untuk memulakan operasi membawa keluar mayat.

Terdahulu, pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, Trigana Air itu terputus hubungan dengan menara kawalan pada Ahad, kira-kira setengah jam selepas berlepas dari ibu kota wilayah Papua, Jayapura.

Pesawat yang melakukan operasi mengesan pesawat yang membawa 54 penumpang itu terhempas di kawasan pergunungan.

Namun operasi menyelamat yang ditangguhkan pada Isnin akibat kabus tebal diteruskan semula pada Selasa.

Trigana Air

Artikel Sebelum

Kabinet Akan Dirombak

Artikel Lain