suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prayuth Bakal Rombak Kabinet

Prayuth Chan-ocha

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha  mengesahkan beliau akan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Prayuth berkata, menerusi perubahan itu, beberapa menteri akan ditukar dan digugurkan serta beberapa muka baru akan dilantik.

“Saya menukar menteri mengikut kesesuaian.

“Ada muka baru yang dilantik, begitu juga akan ada menteri yang digugurkan,” katanya.

Prayuth adalah bekas ketua tentera yang mengetuai rampasan kuasa pada Mei tahun lalu selepas berlakunya tunjuk perasaan selama beberapa bulan bagi membantah kerajaan negara itu.

Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Ogos 2014 ketika Parlimen Thailand dikuasai tentera. - Reuters

Prayuth Chan-ocha, Kabinet

Artikel Berikut

Artikel Lain