suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Maut, Lebih 700 Cedera Letupan Gudang

TIANJIN (China):  Dua letupan besar di kawasan perindustrian di bandar pelabuhan Tianjin, China mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang termasuk anggota bomba, kata pegawai kerajaan Tianjin dan media pada Khamis.

Sekurang-kurangnya 700 orang cedera dengan lebih 71 daripadanya mengalami kecederaan parah, kata kerajaan Tianjin menerusi mikroblognya Weibo.

Pihak berkuasa Tinajin berkata, kira-kira 12 anggota bomba merupakan antara yang terbunuh.

Punca letupan sedang disiasat namun agensi berita Xinhua berkata, terdapat beberapa kontena yang terbakar di awal kejadian.

Presiden China, Xi Jinping menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan usaha mereka dengan sepenuhnya bagi menyelamat dan merawat mereka yang cedera.

Beliau turut meminta supaya mereka memastikan keselamatan orang ramai dan harta benda mereka. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain