suria

29 Terbunuh Akibat Serangan Pengebom Berani Mati

KUNDUZ: Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila kumpulan Taliban melakukan serangan di utara Afghanistan pada Ahad.

Kementerian Dalam Negeri Afghanistan berkata, dalam serangan Khanabad itu, semua yang terkorban merupakan orang awam.

Taliban sebelum ini turut mengaku bertanggungjawab melakukan serangan di Kabul yang menyaksikan 51 orang terbunuh.

Jumlah kematian itu yang tertinggi dicatatkan di ibu negara berkenaan sejak setahun lalu.

"Insiden di Khanabad berlaku akibat pengebom berani mati yang meletakkan bom di dalam jaket.

"Akibat serangan itu seramai 21 orang awam terbunuh manakala 10 lagi cedera," kata jurucakap kerajaan, Abdul Wadood Wahidi.

Kabul, Afghanistan

Artikel Berikut

Artikel Lain