LIMA wanita dilaporkan telah dipukul sehingga mati oleh penduduk sebuah kampung di India kerana didakwa mengamalkan ilmu hitam.
Penduduk Kampung Kinjia di Jharkhand bertindak memukul kelima-lima wanita itu dengan alasan mangsa bertanggungjawab terhadap kejadian misteri yang berlaku di perkampungan berkenaan sejak akhir-akhir ini.
Lima wanita itu maut selepas berpuluh-puluh penduduk kampung mengheret mereka keluar dari rumah sebelum memukul menggunakan kayu dan besi, termasuk ada yang menggunakan pisau untuk tujuan penderaan.
Kesan darah turut kelihatan di lokasi wanita-wanita terbabit dipukul sehingga mati.
Polis yang tiba di lokasi kejadian selepas itu turut berjaya menahan seramai 50 penduduk.
"Penduduk kelihatan berdendam terhadap wainta-wanita itu sejak sekian lama berikutan segala musibah yang berlaku di kampung berkenaan selama ini," kata jurucakap polis.
Wanita-wanita berkenaan dituduh mengamalkan ilmu hitam sehingga menyebabkan tanaman penduduk tidak membuahkan hasil dan kematian seorang kanak-kanak akibat virus tidak diketahui.


