suria

Trak Meletup, 15 Maut Di Kabul

Bangunan dan kediaman musnah teruk dalam kejadian letupan trak di Shah Shaheed, lewat malam Khamis.

KABUL: Sebuah trak yang sarat muatan bom meletup berhampiran pangkalan tentera di Shah Shaheed di sini mengakibakkan 15 nyawa terkorban, manakala lebih 200 lagi cedera.

Kejadian selepas tengah malam itu menggegarkan bandar ini dan memusnahkan beberapa kediaman serta bangunan.

Malahan, letupan itu juga membentuk kawah sedalam 10 meter dan memusnahkan penghadang pangkalan tentera berkenaan.

Jurucakap polis, Ebadullah Karimi mengesahkan angka kematian akibat serangan itu mencecah 15 orang.

Kementerian Kesihatan memberitahu, sebahagian mangsa cedera kerana terkena serpihan kaca yang berterbangan.

Ketua Polis Kabul, Abdul Rahman Rahimi pula memaklumkan, pasukan penyelamat berusaha mencari kemungkinan ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.

“Semua yang terbunuh dan cedera adalah orang awam, termasuk wanita serta kanak-kanak dan pekerja kilang berhampiran," katanya.

Shah Shaheed, bom

Artikel Berikut

Artikel Lain