suria

Kapal Selam Tenggelam Bersama Lebih 1,000 Kg Kokain

Pasukan pengawal pantai AS menahan bot yang diubah suai menjadi kapal selam di perairan di selatan Mexico yang membawa muatan lebih 7,000 kg kokain.

LOS ANGELES: Sebuah bot yang direka umpama kapal selam dikesan membawa muatan dadah bernilai AS$181 juta (RM709 juta) di timur Lautan Pasifik.

Bertindak atas maklumat, pasukan pengawal pantai Amerika Syarikat bergegas ke lokasi kira-kira 320 kilometer ke selatan Mexico.

Susulan itu, kokain seberat 5,400 kilogram (kg) dirampas daripada empat penyeludup dadah yang berada di atas bot berkenaan.

Bagaimanapun, lebih 1,000 kg kokain lagi tidak sempat dikeluarkan daripada bot berkenaan apabila ia tenggelam semasa ditunda.

“Kejayaan ini menjejaskan rangkaian jenayah antarabangsa dan membantu meningkatkan keselamatan dan kestabilan di Hemisfera Barat,” kata Timbalan Laksamana Pengawal Pantai kawasan Pasifik, Komander Charles W.Ray dalam satu kenyataan.

Rampasan dadah yang dilakukan pada 18 Julai itu merupakan yang terbesar pernah direkodkan dalam sejarah pasukan pengawal pantai.

Pengawal pantai berkata, terdapat kira-kira 25 bot seperti kapal selam berjaya dihalang di timur Lautan Pasifik sejak November 2006.

Bot sepanjang 12 meter itu direka khas seperti sebuah kapal selam mini dengan hanya batang paip ekzos dan kokpit yang berada di atas permukaan air menyebabkannya sukar dikesan pihak berkuasa. – AFP



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain