suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taufan Saudelor: Tentera Dikerah Selamatkan Penduduk Taiwan

TAIPEI: Lebih 35,000 anggota tentera dikerah untuk membantu memindahkan penduduk ke tempat lebih selamat susulan Taufan Saudelor yang melanda Taiwan sejak Jumaat.

Angin kencang dan hujan lebat menimbulkan keresahan di kalangan penduduk terutama apabila seorang budak perempuan di wilayah Yilan dihanyutkan ke laut, manakala seorang lagi hilang.

Setakat ini lebih 2,000 penduduk di pulau peranginan popular itu dipindahkan ke pusat perlindungan.

Soudelor dikategorikan taufan sederhana oleh Biro Pusat Cuaca Taiwan dan mungkin dinaikkan ke kategori tertinggi iaitu bahaya sekiranya kelajuan angin mencapai 184 kilometer sejam.

“Kami tidak menolak kemungkinan kekuatan Soudelor meningkat,” kata biro berkenaan.

Dalam tempoh 24 jam, sejumlah 82,000 kediaman terputus bekalan elektrik, manakala sekolah dan pejabat kerajaan turut ditutup.

Selain itu, lapangan terbang Taiwan juga membatalkan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa pada Sabtu, manakala laluan kereta api juga ditangguhkan.


Taufan Saudelor, Taiwan, Yilan

Artikel Sebelum

Kabul Bergegar Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain