suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lengan Kanak-Kanak Setahun Tersepit Pada Eskalator

GUANGXI: Lengan kiri kanak-kanak berusia setahun tersepit pada tangga eskalator di sebuah pusat membeli-belah di wilayah Guangxi, China.

Kejadian itu berlaku sehari selepas insiden seorang wanita maut 'ditelan' eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Hubei.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan lengan kanak-kanak itu setengah jam kemudian.

Namun, People Daily melaporkan lengan kanak-kanak itu hancur.

Beberapa laporan mendakwa kanak-kanak itu berlari ke arah eskalator tersebut apabila ibu bapanya sedang duduk berehat.

Dia dikatakan tersandung semasa mendekati eskalator itu.

lengan, tersepit, eskalator, China

Artikel Lain