suria

Lapangan Terbang Di China Ditutup Selepas Penumpang Bakar Tirai

BEIJING: Pihak berkuasa China telah menggantung operasi di sebuah lapangan terbang kecil di wilayah timur, lapor media kerajaan negara itu pada Rabu, selepas berlakunya kebakaran dalam penerbangan menyebabkan dua penumpang cedera.

Seorang saksi memberitahu penyiar negeri, China Central Television (CCTV) bahawa seorang lelaki telah membakar tirai dan surat khabar dalam kabin kelas pertama dalam penerbangan dari bandar pantai Taizhou ke selatan bandar metropolis Guangzhou.

Lelaki terbabit menaiki penerbangan Shenzhen Airlines dari Taizhou bersama pisau, pemetik api dan petrol, walaupun terdapat larangan membawa barangan tersebut, agensi berita Xinhua rasmi melaporkan, memetik laporan lapangan terbang dan saksi.

Penumpang dan anak kapal menghalang lelaki itu selepas dia cuba menyalakan api apabila pesawat itu mendarat pagi Ahad, menurut laporan.

Pihak berkuasa memecat dua pegawai penerbangan di Taizhou ekoran kejadian itu, Xinhua melaporkan, memetik pegawai kerajaan tempatan.

Pihak berkuasa penerbangan awam China menutup lapangan terbang Taizhou pada Rabu, sebagai 'risiko keselamatan yang teruk'. Xinhua berkata penutupan itu adalah sementara, dan tiada butiran lanjut.

Kerajaan telah menubuhkan satu senarai hitam udara untuk pelancong yang tidak dapat dikawal selepas rentetan kejadian melibatkan penumpang mengganggu penerbangan.

Dalam beberapa kes, penumpang Cina telah menyerang anak kapal kerana kecewa dengan kelewatan.
Shenzhen Airlines

Artikel Lain