suria

Ketua LeJ Mati Ditembak

Malik Ishaq.

LAHORE: Ketua Lashkar-e-Jhangvi (LeJ), Malik Ishaq, dalang beberapa serangan terburuk di Pakistan, ditembak mati oleh polis di Muzaffargarh, Wilayah Punjab pada Rabu.

Dua anak Malik, Usman dan Haq Nawaz antara yang dilaporkan turut terbunuh dalam pertempuran dengan anggota polis.

Ghulam Rasool dari LeJ dan dua anak lelakinya turut maut.

LeJ merupakan sebuah kumpulan militan anti-Syiah.

Jurucakap Jabatan anti keganasan Punjab (CTD) berkata enam anggota dilaporkan cedera dalam pertempuran tersebut.

Mayat kesemua anggota militan yang terbunuh dipindahkan ke ibu pejabat Hospital Daerah di Muzzaffargarh.

Pada Sabtu lalu, Malik dan dua anak lelakinya ditahan di bawah Seksyen 16 Pemeliharaan Keamanan Awam (MPO).

Mereka didakwa terlibat merancang, menyokong pembunuhan dan aktiviti keganasan.


Malik Ishaq, LeJ, maut

Artikel Lain