suria

25 Maut Kilang Perabot Terbakar Di Kaherah

KAHERAH: Pegawai Kementerian Kesihatan Kaherah mengesahkan kira-kira 25 orang dilaporkan maut dalam kebakaran kilang perabot di utara ibu negara dekat sini pada Rabu.

Jurucakap kementerian itu, Hossam Abdel Ghaffar berkata, seramai 22 pekerja dilaporkan cedera akibat terbakar dan menyedut asap tebal dalam kebakaran di kilang Al-Helw terletak di pinggir ibu negara.

Pegawai keselamatan berkata, gas silinder meletup menyebabkan kebakaran merebak hingga ke tiga tingkat kilang berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri berkata, kira-kira 23 jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Video yang dimuat naik dalam laman sosial menunjukkan asap tebal menjulang tinggi sementara kelihatan orang ramai membantu mangsa yang cedera.
kebakaran, kilang perabot, Kaherah

Artikel Lain