suria

Gempa Bumi Kuat Landa Papua, Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Mamberamo Raya di Papua, Indonesia awal pagi Selasa.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia dalam laman webnya melaporkan gempa itu berlaku pada 4.41 pagi waktu Indonesia Timur.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 49km di bawah permukaan laut dan terletak 75km tenggara Mamberamo Raya.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan kerosakan bangunan atau harta benda dan kemalangan jiwa.

Mamberamo Jaya adalah sebuah kawasan pendalaman di Papua yang mempunyai kira-kira 23,000 penduduk.

Papua, Gempa Bumi

Artikel Lain