suria

Polis Mesir Tembak Mati Suspek Bom Kedutaan Itali

Kedutaan Itali yang rosak akibat dibom oleh kumpulan militan di Kaherah.

KAHERAH: Polis Mesir didakwa berjaya menembak mati dua pengganas yang dipercayai mengebom kedutaan Itali dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di sini pada Isnin.

Pengganas itu ditembak mati ketika mereka berbalas tembakan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya.

"Dua pengganas itu yang berkaitan dengan Ajnad Misr didapati terlibat dengan kejadian pengeboman kedutaan Itali dan membunuh anggota polis," kata seorang pegawai.

Kumpulan pengganas Negara Islam (IS) mengakui melakukan serangan pada 11 Julai lalu terhadap Kedutaan Itali sebagai kempen menentang pihak berkuasa tentera.

Seorang orang awam dilaporkan maut manakala semblan lagi cedera dalam kejadian berkenaan.

Itali, Mesir

Artikel Lain