Ringgit, Rupiah Susut Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 17 Tahun - Dunia | mStar

Ringgit, Rupiah Susut Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 17 Tahun

SINGAPURA: Kebanyakan mata wang negara Asia menyusut pada Isnin dengan harga komoditi rendah menyebabkan nilai ringgit Malaysia dan rupiah Indonesia jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun.

Nilai mata wang baht Thailand turut mencatatkan penyusutan manakala dolar Singapura menunjukkan peningkatan.

Ringgit susut 0.1 peratus kepada 3.8140 setiap dolar, paling lemah sejak September 1998.

Penyusutan itu didorong harga komoditi yang lemah ditambah pula kepada kebimbangan terhadap eksport lembap Malaysia.

Mata wang Malaysia ditetapkan pada 3.8000 antara 1998 dan 2005.

Peniaga berkata, bank pusat dikesan di pasaran cuba untuk mengehadkan kerugian dalam mata wang Asia setakat ini.

Data bank pusat pada 23 Julai menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia jatuh kepada $100.5 bilion pada 15 Julai daripada $105.5 bilion pada 30 Jun lalu.

ringgit , rupiah , susut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga Maut Serangan Pengganas Punjab

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin