suria

Pelanggan Cemas Pokok, Kabana Hotel Terbakar

LAS VEGAS: Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kawasan kolam renang sebuah hotel di tengah bandar ini, Sabtu.

Asap tebal menyebabkan pelanggan The Cosmopolitan merangkumi hotel kasino yang juga mercu tanda Las Vegas terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, menurut Jabatan Bomba Daerah Clark.

Gambar yang tersebar menerusi laman sosial menunjukkan asap tebal kelihatan dari bangunan yang terletak bertentangan Planet Hollywood itu, menyebabkan pelanggan hotel diarahkan meninggalkan premis secepat mungkin untuk menjamin keselamatan mereka.

Menurut jabatan bomba berkenaan, pokok palma dan kabana sekitar kolam renang hotel itu di tingkat 14 terbakar, bagaimanapun ia tidak mereka ke bahagian lain.

"Api dapat dipadamkan dalam masa sejam," kata pasukan bomba mengenai kejadian yang bermula pukul 12.40 tengah hari itu.



Hotel Cosmopolitan, Las Vegas

Artikel Lain