suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut Pesawat Terhempas Atas Rumah

Lima kediaman terbakar dalam kejadian pesawat ringan terhempas di kawasan kediaman di Tokyo, pagi Ahad.

TOKYO: Tiga maut apabila pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di tengah bandaraya ini pada Ahad menyebabkan beberapa kediaman dan kereta terbakar, lapor stesen penyiaran NHK.

Rakaman televisyen menunjukkan pesawat itu terhempas pada kedudukan terbalik atas kediaman yang hangus akibat kejadian itu.

NHK berkata, dua lelaki dalam pesawat yang membawa lima orang terbunuh, manakala seorang wanita di rumah terbabit juga maut , manakala lima lagi cedera.

"Saya terdengar bunyi kuat seperti trak merempuh rumah dan apabila menjenguk ke luar tingkap, kelihatan api sedang marak," kata seorang saksi wanita kepada stesen televisyen itu.

Jabatan Bomba Tokyo berkata, lima rumah dan sekurang-kurangnya dua kereta terbakar dalam kejadian itu.

Tokyo, NHK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain