suria

Peringkat Akhir Tutup Penjara Teluk Guantanamo

WASHINGTON: Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kini di peringkat akhir merangka perancangan untuk menutup penjara Teluk Guantanamo di Cuba.

Ketika ini, proses menghantar pulang secara berperingkat tahanan penjara itu ke negara asal sudah dilaksanakan dan sebahagian daripadanya mungkin terpaksa dipindahkan ke AS jika kerajaan menutup kemudahan tersebut.

Penjara yang menempatkan suspek militan al-Qaeda dan pejuang Taliban itu dibuka Pentagon selepas insiden serangan 11 September 2001.

Sebelum ini, jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest berkata, pelan yang dirangka itu akan dikemukakan kepada Kongres dalam masa terdekat.

"Jika penjara itu ditutup, kos AS$100 juta (RM380 juta) setahun yang digunakan untuk mengendalikan pusat tahanan dihuni 116 banduan itu boleh dibelanjakan untuk perkara lain," katanya dalam laporan AFP.


 


Teluk Guantanamo, AS, Cuba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain