suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor 71 Tahun Dipenjara Raba Payudara Pesakit

Hukuman penjara 10 bulan terhadap Dr Winston Lee kekal selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya.

SINGAPURA: Seorang doktor berusia 71 tahun yang melakukan kesalahan mencabul pesakitnya dengan meraba payudaranya gagal dalam permohonan rayuannya.

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin mengekalkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Dr Winston Lee Siew Boon.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Chan Seng Onn mendapati keterangan mangsa konsisten dan wanita itu tiada motif untuk menipu.

Wanita itu menuduh Siew Boon meraba payudaranya dalam dua kejadian berasingan ketika mendapat rawatan kerana sakit perut dan dada pada 2011.

Mangsa membuat laporan polis selepas merujuk tindakan Siew Boon dengan seorang doktor wanita.

Seng Onn berkata, Siew Boon sangat licik kerana menggunakan profesion sebagai doktor untuk mencabul mangsa.

“Kamu mencabul kehormatan pesakit sebanyak dua kali ketika menjalankan tugas profesional dan mulia ini.

“Kamu jelas menyalahi kepercayaan yang diletakkan oleh pesakit terhadap kamu sebagai doktor,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman penjara terhadap Siew Boon ditangguhkan sehingga 17 Ogos ini.

Siew Boon memohon penangguhan dengan alasan mahu memindahkan pesakitnya kepada doktor lain dan menguruskan kewangan untuk isterinya serta membuat pemeriksaan kesihatan. 


Dr Winston Lee, Singapura, payudara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain