suria

Pertempuran Etnik, 22 Terbunuh Di Algeria

ALGIERS: Seramai 22 orang dilaporkan terbunuh selepas berlaku pertempuran antara etnik minoriti Berbers dengan Arab di selatan Algeria - jumlah kematian tertinggi di negara itu akibat keganasan dalam tempoh dua tahun.

Rumah, kedai, bangunan awam, kereta telah dibakar di Guerrara yang terletak sejauh 600 kilometer dari sini sejak Selasa dan Rabu.

Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika bertindak mengadakan pertemuan kecemasan dengan semua pemimpin etnik yang bertelagah.

Dia turut meminta perdana menteri mengenakan tindakan tegas terhadap kesemua pihak yang bertanggungjawab dalam keganasan tersebut.

Media Algeria menyebut, seramai 19 orang mengalami kecederaan dalam pertempuran antara kedua-dua etnik berkenaan sejak Selasa.

Manakala jumlah kematian pula terus meningkat kepada 22 orang.

Algeria, Berbers

Artikel Lain