suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 10 Bulan Dihanyut Arus Lebih Satu Kilometer

Melda yang dipakaikan pelampung dihanyutkan lebih satu kilometer di laut.

ISTANBUL: Terlupa anak mereka terapung di laut, sepasang suami isteri yang sedang berehat dalam bot cemas apabila tiba-tiba menyedari bayi berusia 10 bulan itu tiada bersama mereka.

Terdahulu, bayi perempuan itu, Melda dipakaikan pelampung sebelum dilepaskan di tengah laut.

Ketika kejadian, keluarga Ilgin itu sedang menikmati percutian di pantai berhampiran bandar Kucukkuyu, barat daya Turki baru-baru ini.

Bagaimanapun apabila pasangan itu menyedari apa yang berlaku, Melda sudah berada lebih satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilepaskan ke laut.

Menurut Daily Mail, insiden berkenaan disedari pengunjung pantai yang ternampak ombak kuat dan angin kencang menghanyutkan Melda jauh dari bot berkenaan ke arah Pulau Lesbos.

Mereka kemudian menghubungi pengawal pantai Turki yang bertindak pantas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan bayi berkenaan sebelum menyerahkan bayi itu kepada ibu bapanya.


Melda, Turki, Kucukkuyu

Artikel Lain