suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Larang Pakai Skrit

STAFFORDSHIRE: Hanya kerana perhatian guru dan pelajar lelaki terganggu, sebuah sekolah di sini mengharamkan pemakaian skirt di kalangan pelajar perempuan.

Didakwa, gangguan itu berlaku ketika pelajar perempuan menaiki tangga atau duduk dalam keadaan tidak sopan.

Susulan itu, Sekolah Tinggi Trentham di sebuah bandar di Britain ini mewajibkan pelajar perempuan memakai seluar panjang seperti pelajar lelaki bagi memastikan mereka berpakaian secara lebih beretika.

Pengetuanya, Dr. Rowena Blencowe berkata, peraturan itu terpaksa dilakukan selepas mendapati guru-guru banyak menghabiskan masa menegur cara pemakaian pelajar.

“Pelajar perempuan yang memakai skirt biasanya gemar memendekkan kain mereka dengan melipatnya ke atas menyebabkan guru-guru dan pelajar lelaki berasa tidak selesa,” katanya. – Agensi



Trentham, skirt, Dr Rowena Blencowe

Artikel Lain