suria

Perancang Pengeboman Berani Mati IS Dibunuh

WASHINGTON: Seorang pemimpin kanan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang bertanggungjawab merancang pengeboman berani mati, mendapatkan dana dan pejuang terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) di Syria, kata Pentagon pada Rabu.

Tariq bin Tahar al-Awni al-Harzi dilaporkan terbunuh dalam serangan yang dilakukan di Shaddadi pada 16 Jun lalu, jelas jurucakap tentera laut AS, Kapten Jeff Davis.

Manakala abangnya, Ali yang ditugaskan merekrut ahli baru IS dan bertanggungjawab terhadap serangan di Benghazi pada 2012 telah dibunuh melalu serangan udara pada pada 15 Jun.

Washington sebelum ini menawarkan sebanyak AS$3 juta kepada pihak yang berjaya menangkap atau menahan Harzi, 33, yang merupakan warga Tunisia.

Harzi dilaporkan bertanggungjawab merancang banyak serangan pengeboman berani di sekitar Iraq.

Syria, Benghazi, AS, IS

Artikel Sebelum

Dua Lagi Wartawan Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain