suria

Donald Trump Mahu Tanding Jawatan Presiden AS

Donald Trump. - EPA

NEW YORK: Taikun hartanah, Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa beliau mahu bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) dan berjanji akan menjadikan negara itu kembali sebagai yang terbaik.

"Saya secara rasminya mahu bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat dan kita akan berusaha menjadi negara kita kembali terbaik," katanya ketika berucap di Trump Tower di sini.

Hartawan berusia 60 tahun itu dianggap sebagai calon 'wildcard' dalam keadaan di mana ramai pesaing untuk merebut jawatan presiden pada 2016.

Trump yang mengutuk tentang dasar luar dan ekonomi AS mengkritik sejumlah ahli politik ketika ini dan berjanji mahu memulihkannya daripada apa yang digelarnya sebagai kemerosotan AS.

"Negara kita mempunyai masalah yang serius. Kita tidak lagi mencapai kejayaan," katanya.

"Bila kali terakhir sesiapa melihat kita mendahului, katakan China dalam perjanjian perdagangan. Mereka tewaskan kita. Saya sentiasa kalah China."

"Bila kita kalahkan Jepun untuk apa sahaja? Mereka menghantar jutaan kereta buatan mereka dan apakah yang kita lakukan?" soalnya.

Ahli perniagaan itu berkata, "AS menjadi tempat lambakan kepada masalah orang lain". - AFP

Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Lain