suria

Haiwan Berkeliaran Di Georgia Akibat Banjir Kilat

Petugas keselamatan cuba memastikan badak air yang terlepas tidak terus berkeliaran di bandar Tbilisi.

SEKURANG-kurangnya 12 terbunuh, manakala 24 lagi masih hilang dalam kejadian banjir kilat yang melanda bandar Georgia, Amerika Syarikat pada malam Sabtu.

Difahamkan, hujan lebat dan angin kencang melanda ibu kota Georgia, Tbilisi menyebabkan air hujan dari bukit turun dengan deras memenuhi sungai, lapor pihak berkuasa.

Tambah lagi, kejadian banjir kilat tersebut turut mengakibatkan kemusnahan sebuah zoo berdekatan sehingga sekumpulan haiwan terlepas dan beberapa yang lain terkorban.

Menteri Kebudayaan Georgia, Mikheil Giorgadze memberitahu akhbar NBC News bahawa pasukan khas telah dikerah untuk mengawal keadaan.

Selain itu, masih tiada kepastian sama ada terdapat mangsa yang terkorban akibat diserang haiwan yang terlepas itu.

Menurut pihak zoo,  tiga pekerja mereka turut terkorban semasa kejadian banjir dan salah seorang daripada mereka adalah Guliko Chitadze, seorang penjaga zoo yang kehilangan tangan akibat diserang harimau bulan lalu.

Helikopter didapati berlegar sekitar bandar dan penduduk disarankan supaya tidak meninggalkan kediaman melainkan kecemasan.

Sementara itu, seorang jurucakap zoo, Mzia Sharashide memberitahu NBC News bahawa sebilangan besar haiwan zoo terkorban semasa banjir berlaku atau akibat ditembak mati oleh pasukan khas, namun jumlah sebenar masih tidak diketahui.

"Jumlah haiwan yang terlepas adalah minoriti, namun sukar untuk pihak kami menetapkan jumlah yang sebenar," katanya.

Satu rakaman video menunjukkan seekor badak air sedang berkeliaran di jalanan, manakala seekor beruang didapati sedang memanjat tingkap sebuah pangsapuri.Badak air tersebut kemudiannya pengsan akibat ditembak dengan peluru penenang, lapor pihak zoo.

Namun begitu, beberapa pegawai kesal apabila terdapat anggota pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap haiwan liar tersebut.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Zoo, Zurab Gurielidze, seekor singa putih bernama Shumba ditemui mati akibat ditembak di kepala, yang juga merupakan salah satu tarikan utama di zoo berkenaan. 





Georgia, Tbilisi, badak air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain