suria

Seludup Rohingya: Bangkok Sita Aset, Wang Tunai Lebih RM11 Juta

BANGKOK: Aset bernilai lebih AS$3 juta (RM11.2 juta) dipercayai milik pegawai kanan tentera yang ditahan kerana disyaki terbabit menyeludup pelarian Rohingya dari Myanmar telah disita.

Pihak berkuasa Thailand bertindak demikian susulan siasatan yang dijalankan terhadap Leftenan Jeneral Manas Kongpang.

The Bangkok Post melaporkan, pejabat anti-penggubahan wang di sini turut merampas wang tunai kira-kira AS$1 juta (RM3.75 juta) di dalam akaun bank milik dalang aktiviti pemerdagangan manusia itu.

Ketika ini, pihak kerajaan sedang memeriksa transaksi terkini akaun bank pegawai kanan tentera itu.

Insiden melibatkan pelarian Rohingya menjadi perhatian di rantau ini selepas penemuan kubur besar yang mengandungi puluhan mayat pelarian di Thailand pada bulan lalu di sempadan Malaysia-Thailand.

Pihak berkuasa mula bertindak tegas bagi membanteras rangkaian pemerdagangan manusia menyebabkan pendatang asing terkandas di dalam bot di perairan rantau ini.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain