suria

Sinabung Meletus Lagi

Petani di kaki Gunung Sinabung melihat gunung berapi itu memuntahkan laharnya sejak dua hari lalu.

JAKARTA: Lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi Sinabung, di Sumatera Indonesia, terpaksa dipindahkan selepas ia mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.

Menurut laporan MetroTv News, penduduk beberapa kampung di sekitar kawasan itu dipindahkan sejauh tujuh kilometer dari kawasan gunung.

"Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat iaitu tahap awas setelah gunung berapi mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lalu. Penduduk diminta mematuhi arahan berpindah sebagai langkah keselamatan," menurutnya.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, aktiviti gunung berapi terbabit semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

Sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter itu mula aktif dan boleh meletus pada bila-bila masa berikutan statusnya yang sentiasa tidak stabil. - Bernama



Gunung Sinabung, Sumatera

Artikel Lain