suria

Angka Kematian Kapal Karam Di China 97 Orang

Operasi untuk mencari mangsa dalam insiden kapal karam di Sungai Yangtze, China pada Selasa lalu. Foto AFP

JIANLI (China): Setakat Jumaat, angka kematian insiden kapal karam di Sungai Yangtze pada Selasa lalu mencecah 97 orang.

Pihak berkuasa kini sedang berusaha untuk mencari mayat yang masih berada di dalam kapal, sehingga kelewatan itu membangkitkan kemarahan keluarga mangsa.

Operasi menyelamat kini bertukar menjadi operasi mencari ratusan mayat yang masih terperangkap dalam kapal yang membawa seramai 456 semasa ia karam akibat ribut siklon.

Lebih 200 pasukan penyelam memasuki ke bawah air sungai yang keruh itu tetapi tidak lagi menjumpai mangsa yang terselamat.

Hanya 14 orang yang terselamat ditemui, termasuk kapten kapal itu. - REUTERS

Artikel Berikut

Sinabung Meletus Lagi

Artikel Lain