suria

Warga Emas Maut Dihempap Wau 700 Kg

Kejadian yang mengakibatkan empat cedera pada Ahad berakhirnya dengan satu kematian pagi Selasa.

SEORANG  warga emas lelaki terkorban dua hari selepas dihempap sebuah layang-layang gergasi seberat 700 kilogram semasa ribuan penduduk mengunjungi festival tahunan yang berlangsung di ibu negara Jepun.

Rakaman amatur menunjukkan layang-layang gergasi berukuran 13 meter panjang dan 12 meter lebar itu menjunam ke arah orang ramai di sebuah taman di Higashiomi pada Ahad.

Empat pengunjung tercedera akibat kejadian pada acara tahunan Festival Layang-Layang Gergasi itu, termasuk warga emas yang dikenali sebagai Junichi Yoshii serta seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Jurucakap pihak berkuasa bandar itu mengesahkan lelaki berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada Selasa pagi.

Datuk Bandar kawasan itu, Masakiyo Ogura berkata, langkah keselamatan yang dirangka tidak mencukupi untuk menyelamatkan mangsa-mangsa kejadian itu.

"Saya memohon maaf kepada pengunjung dan penduduk di kawasan tersebut," katanya semasa perhimpunan pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, pihak polis mula menjalankan siasatan mengenai kejadian itu kerana mengesyaki ia berlaku akibat kecuaian.

Festival layang-layang gergasi adalah acara yang sering diadakan di Jepun dan berdasarkan rekod, berlaku beberapa kes yang menyebabkan kecederaan penonton sebelum ini.

Pada 2004, lapan tercedera apabila layang-layang seberat satu tan terhempas ke arah pengunjung di Kanagawa, berdekatan Tokyo.





Higashiomi, Junichi Yoshii

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain