suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kate Middleton Dimasukkan Ke Hospital Untuk Bersalin

Kate Middleton (kanan) bersama Putera William. Foto AFP

ISTERI Putera William, Kate Middleton dimasukkan ke hospital pada Sabtu untuk persediaan melahirkan anak kedua, perkara itu disahkan oleh Istana Kensington.

Kate, 33, dibawa ke Hospital St Mary di Paddington, barat London dari kediamannya di Istana Kensington pada pukul 6 pagi Sabtu (1 tengah hari waktu Malaysia).

"Yang Teramat Mulia Duchess of Cambridge telah dimasukkan ke Hospital St Mary di Paddington, London pada pukul 6 pagi untuk persiapan bersalin.

"Duchess dibawa dengan menaiki kereta dari Istana Kensington ke Hospital St Mary bersama Duke of Cambridge (Putera William)," kata Istana Kensington dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Oktober tahun lalu, Istana Kensington mengumumkan isteri waris kedua takhta Britain itu dijangka melahirkan anak kedua mereka pada April tahun ini.

Anak pertama pasangan diraja itu, Putera George kini berusia setahun dan sembilan bulan.



Kate Middleton, Putera William

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain