suria

IS Buka Hotel Lima Bintang Di Iraq

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) dilapor akan membuka perniagaan hotel bertaraf lima di Iraq.

Dailystar melaporkan, bagaimanapun hotel mewah itu tidak akan menyediakan muzik, kolam renang terbuka, perjudian dan hidangan arak.

Malah wanita yang ingin melangkah masuk ke bangunan penginapan itu juga perlu bersopan dan tidak berada dalam keadaan keseorangan di khalayak awam.

Difahamkan, hotel tersebut akan diawasi oleh Briged al-Khansaa - polis wanita IS yang menjadi sebahagian daripada kekuatan kumpulan berkenaan.

Bangunan yang menempatkan 262 bilik itu akan menjadi tempat rehat bagi anggota IS, melangsungkan perkahwinan atau majlis tertentu.

Ninawa Hotel sebelum ini merupakan sebahagian daripada hotel yang ditutup selepas IS menawan Iraq dan Syria.

Dengan pembukaan pernigaan hotel itu, IS dikatakan cuba mengubah pandangan dunia mengenai tamadun yang dibawa kumpulan berkenaan walaupun dibayangi dengan pembunuhan kejam terhadap tahanan.

Hotel, Iraq, IS

Artikel Lain