suria

Dua Maut Tercampak Dari Permainan Di Taman Hiburan

DUA maut selepas tercampak ketika menaiki permainan di sebuah taman hiburan apabila kakitangan bertugas didakwa tidak memberikan masa yang cukup kepada pengunjung memasang tali pinggang keselamatan sebelum menghidupkannya bagi memulakan permainan.

Mangsa terjatuh dari permainanan pada ketinggian lebih 20 meter di Taman Hiburan Longshan di Pingyang, Wenzhou Citu di Zhejiang, China.

Saksi memberitahu Peoples Daily Online bahawa mangsa jatuh dari permainan yang diberi nama 'Scream' sejurus selepas ia bergerak.

Dua lagi pengunjung cedera parah dalam kejadian pada tengah hari Jumaat.

Dipercayai kakitangan bertugas yang menghidupkan permainan yang pertama kali dibuka untuk orang awam pada Jumaat itu tidak memberi peluang kepada pengunjung untuk memperbetulkan tali pinggang keselamatan mereka.

Taman hiburan berkeluasan 0.4 hektar itu merupakan destinasi popular untuk keriangan seisi keluarga.

Pengunjung berpeluang untuk menaiki mana-mana 17 permainan yang disediakan termasuk 'Scream'.

Ia merupakan satu-satunya taman hiburan di Wenzhou City, 1,609 kilometer dari Beijing. - MAIL ONLINE


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain