suria

Puluhan Penumpang Hilang Nahas Feri Terbalik

Pelbagai pihak cuba membantu menyelamatkan mangsa tragedi feri terbalik di Sungai Padma, Dhaka, Ahad.

DHAKA: Feri yang membawa lebih 100 penumpang terbalik di Sungai Padma, kira-kira 70 kilometer di utara ibu negara Bangladesh pada Ahad.

Supritendan Daerah Manikganj, Bidhan Tripura berkata, feri berkenaan berlanggar dengan kapal kargo di laluan Daulatdia-Paturia di Rajbari.

"Operasi menyelamat sedang dijalankan, bagaimanapun tidak dapat dipastikan berapa jumlah penumpang yang terselamat atau masih hilang," katanya.

Setakat ini, pasukan penyelamat dikerah ke tempat kejadian dan banyak bot yang melalui tempat kejadian membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.

Berpuluh penumpang dilaporkan hilang dalam nahas berkenaan.

Mangsa yang terselamat berkata, feri MV Mostofa membawa antara 70-150 penumpang.

Kira-kira 50 mangsa berjaya berenang ke pantai atau diselamatkan oleh bot lain. 


feri, MV Mostafa, Dhaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain