suria

Kereta Pegawai Keselamatan Hamas Dibom

Polis Hamas cuba meleraikan sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan berikutan insiden serangan terhadap pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo di Paris. Foto AFP

GAZA CITY (Wilayah Palestin): Sebuah kereta milik seorang pegawai keselamatan Hamas musnah akibat letupan bom di Gaza pada malam Isnin, kata kementerian dalam negeri pada Selasa.

"Letupan sebuah bom buatan sendiri memusnahkan kereta milik seorang pegawai keselamatan yang diletakkan di hadapan kediamannya di Gaza City. Tiada kematian atau kecederaab dilaporkan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza, Iyad al-Buzim dalam satu kenyataan.

Beberapa saksi berkata, kereta tersebut milik Helmi Khalaf, seorang pengurus kewangan dan pentadbiran keselamatan Hamas.

Bagaimanapun tidak dipastikan mereka yang melakukan serangan itu.

Kejadian itu berlaku selepas polis Hamas pada Isnin menahan sejumlah penunjuk perasaan yang cuba untuk melakukan kekecohan di pusat budaya Perancis di Gaza Citu, sehingga mengancam kakitangan dan melaungkan slogan terhadap insiden serangan terhadap pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo di Paris, baru-baru ini. - AFP

Artikel Lain