suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Di Pasar Raya Paris Tiada Kaitan Islam

Kejadian serangan di pasar raya ini mencetuskan kebimbangan lebih banyak lagi insiden sama akan berlaku di Perancis.

PARIS: Serangan lelaki bersenjata di sebuah pasar raya di timur Paris, pada Jumaat tiada kaitan dengan Islam, kata  Presiden Perancis, Francois Hollande.

Malahan, beliau menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan anti-semitik dan menganggap ancaman yang dihadapi Perancis itu masih belum berakhir.

"Kumpulan fanatik ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama Islam," katanya.

Dalam kejadian pada Jumaat, seorang lelaki bersenjata menawan lima tebusan di sebuah pasar raya di timur Paris sebelum ditembak mati oleh polis.

Sementara itu, Hollande berkata beliau akan menghadiri perarakan perpaduan di Paris esok yang dijangka dihadiri ratusan ribu orang serta pemimpin negara termasuk dari Jerman, Britain, Itali dan Sepanyol. 

Paris, Francois Hollande, Islam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain