suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakar Bendera, IS Tahan 170 Penduduk Kampung

KIRKUK, Iraq: Kumpulan Negara Islam (IS) menangkap seramai 170 lelaki dari dua buah kampung di selatan negara itu pada Jumaat bagi mengesan individu yang membakar benderanya.

Seorang pegawai pengintip memberitahu, kumpulan lelaki dari Kampung Shajara dan Gharib itu ditangkap selepas IS mendapati dua benderanya di kawasan tersebut dibakar.

"Anggota kumpulan IS yang memandu lebih 30 kenderaan telah menculik penduduk lelaki untuk dibawa ke Hawijah (kawasan yang menempatkan penjara dan mahkamah kumpulan berkenaan)," jelasnya.

Seorang wanita yang dilaporkan merayu kepada anggota kumpulan itu supaya tidak menangkap suaminya telah diberitahu bahawa mereka hanya mahu melakukan siasatan bagi mendapatkan individu yang bertanggungjawab untuk dihukum.

Penduduk di kampung Gharib memberitahu, IS menculik seramai 90 lelaki dari kampung berkenaan untuk mendapatkan 15 individu yang membakar bendera mereka.




Islamic State, Negara Islam, IS, Iraq

Artikel Lain