suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Sekeluarga Terlepas Naik QZ8501 Kerana Tak Baca Emel

SATU keluarga warga Indonesia dilaporkan terlepas untuk menaiki penerbangan QZ8501 selepas mereka tidak membaca emel daripada AirAsia yang menasihatkan mereka mengenai perubahan waktu berlepas.

Portal berita mirror.co.uk melaporkan bahawa Ari Putro Cahyono dan sembilan ahli keluarganya sudah tentu akan menaiki pesawat berkenaan untuk penerbangan ke Singapura pada Ahad sekiranya membaca emel.

Ari berkata, dia sekeluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada pukul 5.30 pagi, 10 minit selepas QZ8501 berlepas.

Penerbangan itu pada asalnya dijadualkan berlepas pada pukul 7.20 pagi.

"Saya tidak membaca emel yang memaklumkan bahawa terdapat perubahan waktu berlepas," kata Ari yang dipetik sebagai berkata oleh kompas.com.

Pegawai di lapangan terbang telah menawarkan Ari untuk menaiki penerbangan berikutnya.

Bagaimanapun, dia enggan selepas dimaklumkan di lapangan terbang mengenai kawalan trafik udara (ATC) telah terputus hubungan dengan QZ8501 pada kira-kira pukul 6.30 pagi.

"Saya dan keluarga saya memutuskan untuk membatalkan kunjungan kami," katanya. - mirror.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain