suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan Tentera AS Lancar 39 Serangan Udara Terhadap IS

KUMPULAN tentera campuran diketuai Amerika Syarikat (AS) dilapor melakukan sebanyak 39 serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria bermula Khamis hingga Jumaat.

Dalam serangan menggunakan pesawat pejuang itu, sebanyak 19 pengeboman telah dilakukan di Syria manakala 20 lagi di Iraq.

Dalam serangan di Syria, pengeboman dilakukan di bandar Kobani yang menjadi kubu kumpulan IS selepas menawan kawasan berkenaan.

Serangan dilapor ditujukan ke dua tempat yang menjadi kubu terbesar IS iaitu di Al Hasakah dan Ar Raqqah.

Di Iraq, serangan yang dilakukan di Al Asad, Mosul, Al Qaim, Baiji, Kirkuk dan Tal Afar didakwa berjaya memusnahkan sistem roket, kenderaan, unit taktikal dan pusat serangan balas kumpulan berkenaan.

Sementara itu, IS mendakwa berjaya membunuh seramai 38 pejuang Sunnah daripada kumpulan Sahwa selepas melakukan serangan pengebom berani mati di Baghdad pada Rabu.

Pengebom berani mati yang dikenali sebagai Saifeddin al-Ansari itu turut mencederakan seramai 56 yang lain.




IS, Amerika Syarikat, Syria, Iraq

Artikel Berikut

Artikel Lain