suria

Lebih 1,100 Militan Maut Dalam Serangan Udara AS

Serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di bandar Ain al-Arab di Syria pada Oktober lalu bagi menggempur kedudukan militan Negara Islam (IS). Foto AFP

BEIRUT: Lebih 1,1000 anggota militan maut dalam serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat (AS) bagi menggempurkan kedudukan militan di Syria dan Iraq sejak tiga bulan lalu.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria dalam satu kenyataan berkata, hampir kesemua yang maut dari kumpulan Negara Islam (IS).

"Sekurang-kurangnya 1,171 maut dalam dalam serangan udara antarabangsa dan negara-negara Arab (sejak 23 September lalu), termasuk 1,119 militan dari kumpulan Negara Islam (IS) dan Al-Nusra Front," kata badan pemantau itu dalam satu kenyataan.

Antara yang maut ialah 1,046 anggota IS, yang merampas sebahagian besar Iraq dan Syria, dan menjadi sasaran utama kempen serangan udara.

Seramai 72 orang yang terbunuh merupakan anggota cawangan Al-Qaeda di Syria iaitu Al-Nusra Front. Manakala yang lain adalah banduan militan yang tidak ketahui dari mana kumpulan mereka.

Bakinya adalah 52 orang awam.

IS telah mengisytiharkan pemerintahan "khalifah" di sebahagian Iraq dan Syria yang ditaklukinya, dan kumpulan militan itu dituduh kerana melakukan kekejaman secara berleluasa, termasuk memenggal kepala tebusan warga Barat. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain