suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut Dalam Serangan Bom Di India

Kenderaan yang membawa pasukan keselamatan melalui jalan di kawasan pinggir Imphal di negeri Manipur, timur laut India. Foto AFP

GUWAHATI (India): Tiga maut dan empat lagi cedera dalam satu serangan bom pada awal pagi Ahad di timur laut India, kata polis sambil menambah bahawa ia merupakan serangan kedua di kawasan itu dalam tempoh seminggu.

Tragedi berdarah itu menggegarkan barat Imphal, ibu negeri Manipur, yang bersempadan dengan Mynamar, yang merupakan kawasan berlakunya aktiviti keganasan oleh puak pemisah selama beberapa dekad.

"Tiga buruh terbunuh dalam letupan itu dan empat lagi cedera," kata pegawai polis kanan negeri, A. Singh kepada AFP ketika dihubungi dari Imphal.

Singh menambah, satu peranti letupan diubah suai (IED) dipasang pada depot bas dan meletup pada awal pagi Ahad.

Tiada kumpulan pemberontak yang tampil bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Letupan berkenaan merupakan insiden yang kedua berlaku di Imphal kurang dari seminggu.

Pada 15 Disember lalu, satu letupan yang sama mengakibatkan seorang maut dan mencederakan lima yang lain.

Kawasan itu sudah lama dilanda keganasan pemberontak dan menjadi tempat tinggal buat puak-puak dan tentera gerila yang menentang pemerintahan New Delhi.

Mereka sering bersaing antara satu sama lain dalam pertempuran di tempat sendiri bagi menguasai negeri itu.

Pihak berkuasa berkata, ekurang-kurangnya 50,000 orang telah kehilangan nyawa dalam keganasan di enam daripada tujuh negeri di timur India sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1947. - AFP

Artikel Lain