suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harimau Ganas Milik Presiden Rusia Baham Anjing

SATU klip video yang memaparkan Harimau Siberia milik Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang membaham anjing telah dimuat naik ke laman sosial dan mendapat perhatian netizen khususnya di China.

Harimau yang jarang ditemui itu telah dilepaskan Putin di Pulau Heixiazi pada Mei sebelum dikesan memasuki China.

Ketika dirakam, haiwan ganas itu juga kelihatan dipasang alat pengesan GPS.

Menurut media China, Harimau Siberia milik Putin itu bukan sahaja mula membaham haiwan peliharaan milik penduduk tetapi telah mengganggu haiwan ternakan.

"Sejak dikesan memasuki sempadan China, haiwan berkenaan telah membaham haiwan ternakan penduduk dan binatang perliharaan," jelas media tersebut.

Bagaimanapun haiwan tersebut kini dipercayai telah kembali ke Rusia.

Siberia, Rusia, China, Harimau

Artikel Sebelum

Artikel Lain